IKLAN JAWATAN KOSONG

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

Pemohon-Pemohon daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di dalam perkhidmatan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda :-

A.

JAWATAN/KELAYAKAN

   

1.

JAWATAN

:

PEGAWAI TADBIR GRED N9

1.1

Bilangan Kekosongan

:

1

     

1.2

Kumpulan Perkhidmatan

:

Pengurusan Dan Profesional

1.3

Klasifikasi Perkhidmatan

:

Pentadbiran dan Sokongan

1.4

Jadual Gaji Minimum - Maksimum Gred 9

:

RM2,250.00 – RM11,110.00

 

1.5

Syarat Lantikan

:

a)

  1. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.    

(Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM2,250.00);

atau

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.     

(Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM2,470.00).

 

1.6

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

 

:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1.7

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

:

Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Penghulu, Penolong Pegawai Tanah, Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N5, N6, N7 atau N8 dan Pembantu Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah Gred NT5, NT6, NT7 atau NT8 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1.5 (a); atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  3. memenuhi had umur Peningkatan Secara lantikan

B.

UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)

 

 

 

 

 

 

 

:

  1. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun; dan
  2. Pegawai sedang berkhidmat yang layak untuk Peningkatan Secara Lantikan hendaklah: -
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa pada 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

C.

TARAF JAWATAN

:

Tetap / Kontrak

D.

PENEMPATAN

 

:

Penempatan bagi calon-calon yang BERJAYA adalah di Negeri Kedah dan Perlis sahaja.

E.

TEMPOH PERCUBAAN

 

 

:

Calon-calon yang dilantik secara terus atau Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan tetap adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 3 tahun.

F.

PEPERIKSAAN / PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

:

Mengikut skim perkhidmatan.

 

G.

CATATAN PENTING

 

 

 

 

 

:

  1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk saringan dan temuduga.
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

H.

CARA MEMOHON

:

  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari pautan Laman Web https://e-perjawatan.mada.gov.my/ atas talian.
  2. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan Laporan Prestasi Tahunan dan salinan Kenyataan Perkhidmatan semasa temuduga.

 

Tarikh tutup permohonan ialah pada 17 Ogos 2025 (Ahad). Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

 

NO. FAIL :     MADA 500-3/1/1 (      )